Friday, 6 February 2015

PELAJAR LEPASAN SPM 2014 PASTIKAN MEMBELI NO. PIN DI BANK SIMPANAN NASIONAL JIKA ADA MASALAH UNTUK MENDAFTAR SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2015

PERLAKSANAAN PROGRAM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JANUARI 2015

  1. PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5
  2. ORENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4
  3. PERBENTANGAN PROGRAM PERLAKSANAAN KEMANTAPAN KEHADIRAN PELAJAR KEPADA :-
  4. Pn. Norlela bt Ahmad ( Pegawai SIPartner )
  5. En. Rohaizat bin Jamaludin ( Pegawai  School Improvement Specialist Coaches ( SISC+) )
  6. En. Azhar bin Salleh ( SISC + )
  7. PROGRAM AUDIT AKADEMIK ( Tingkatan 5 )
  8. PROGRAM KESELAMATAN PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL
  9. CERAMAH SARANA IBU BAPA ( Pengenalan Kolej Imperia )
  10. PENDAFTARAN SYARAT KEMASUKKAN KE KOLEJ IMPERIA
  11. BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR BERSAMA MSU ( TINGKATAN 5A, 5B dan 5C )
  12. PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG, MENTOR MENTEE, PONTENG SIFAR dan DWEN.
  13. BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR BERSAMA MSU ( TINGKATAN 5D, 5E dan 5F )

Saturday, 24 May 2014

PASTI 'A' PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Minggu peperiksaan telah tiba cikgu doakan pelajar semua dah mengulangkaji dan bersedia untuk menjawab soalan yang diberikan....... SEMOGA BERJAYA.

Saturday, 25 January 2014

Pembelian Nombor Unik ID bagi permohonan ke IPTA / Politeknik Premier

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera,
Salam 1Malaysia.

Apa khabar pelajar-pelajar cikgu lepasan SPM 2013, tentu ada program masing-masing, semoga anda ada sesuatu pengalaman sebelum anda menceburi alam kerjaya yang sebenar nanti. Cikgu nak ingatkan pelajar jangan lipa beli Nombor Unik ID boleh dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60
di Bank Simpanan Nasional ( BSN ). Pelajar diharapkan dapat berhubungan dengan kami untuk pendaftaran online anda. Semoga anda dapat menjejaki menara gading. Kami sentiasa mendoakan anda berjaya mencapai impian kerjaya anda.

Kami sentiasa menunggu anda.......

Friday, 3 January 2014

MAJLIS PERASMIAN ORENTASI TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI 2014

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ORENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 SESI 2014
TARIKAH     :     2 JANUARI 2014
TEMPAT      :     DEWAN SERI PUTERI, TG PUTERI RESORT.

MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2013/2014


MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2013/2014
TARIKAH     :    31 JANUARI 2014
TEMPAT      :     DEWAN SERI PUTERI, TG PUTERI RESORT.

















Monday, 30 September 2013

Assalamualaikum
Selamat sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam Sejahtera

Cikgu nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR 2013 dua hari lagi.
macamana pelajar-pelajar cikgu semoga pelajar-pelajar semua bersedia ye. Berusaha sudah dan kini berdoa dan bertawakal ye. Jawablah dengan berfikir dengan tenang semoga jawapan pasti betul.
Ok kita jumpa esok Majlis Restu Ilmu

Monday, 6 May 2013

Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar SMK Tg Puteri Resort yang berjaya menerima surat tawaran ke tingkatan 6 dan matrikulasi semoga terimalah ia kerana itulah hasil titik peluh anda selama lima tahun di sekolah ini. Usah terburu-buru membuat keputusan yang merugikan masa depan anda semua ingat bukan mudah nak berjaya dan amat untuk kita rugi mempertaruhkan masa depan anda.
Sekali lagi kami guru-guru SMK Tg Puteri Resort sentiasa mendoakan kejayaan dan impian anda semua.
Bagi yang tak dapat mana-mana buat apa ye datanglah ke teratak kami untuk kita berbincang.
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Semyum Kejayaan.

Friday, 22 March 2013

Assalamualaikum kepada anak didik SMK TANJUNG PUTERI.

Anak didik cikgu sekalian yang ingin menceburi bidang perguruan boleh mula memohonnya sekarang.



   
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013  
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAGI LULUSAN
UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) / SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) AMBILAN KHAS JUN 2013
 
     


 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11:59 MALAM)

Thursday, 21 March 2013

 

 

Tahniah Kepada bakal PLKN sila ambil perhatian tarikh

 

tersebut.

 

Tarikh Latihan PLKN Siri 10/2013 :( klik di sini )



Kumpulan 1 : 3 Jan 2013 - 16 Mac 2013 


Kumpulan 2 : 30 Mac 2013 - 21 Jun 2013 


Kumpulan 3 : 15 Ogos 2013 - 2 Nov 2013

 

 

PELATIH TERPILIH ( klik di sini )

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Anak didik SMK Tanjung Puteri Resort sekalian khususnya bekas pelajar SPM tahun 2012 tahniah daripada kami atas kejayaan anda memperolehi keputusan yang cemerlang dan menaikkan nama sekolah peringkat daerah Pasir Gudang.

Tuesday, 8 January 2013

1 AZAM 1 MATLAMAT 1 CITA-CITA

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Guru-Guru,
Staf-staf,
Putera Puteri,
SMK Tanjung Puteri Resort.

Semoga hari-hari yang berlalu pasti mengingatkan kita Azam dan Matlamat Tahun 2013. Kini pelajar lepasan SPM 2013 pasti sedang mengisi permohonan online UPU semoga hasrat anda ke menara gading pasti tercapai. Kejayaan anda, telah ada di depan anda, untuk mencapainya...........

Friday, 21 December 2012

MAKLUMAN KEPADA LEPASAN PELAJAR SPM 2012

Assalamualaikum putera puteri cikgu,

Apa khabar? Semoga sihat dan rancanglah program aktiviti sepanjang cuti ini.
Cikgu nak maklumkan kepada pelajar cikgu yang telah membeli No. PIN UPU kini tiada lagi fasa pertama. Ianya akan online pada Bulan Januari nanti. Jika ada sebarang makluman sila hubungi cikgu.

Monday, 3 December 2012

JOM MOHON KE IPT......

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Senyum selalu.

Kepada putera puteri cikgu pendaftaran akan bermula 7 Januari hingga 15 April 2013.
Pastikan semua putera puteri cikgu mendaftar.

Friday, 30 November 2012

ALHAMDULILLAH.......TANIAH.......

Assalamualaikum.....
Selamat Sejahtera......
Salam Senyuman Mesra....

Semalam 29 November 2012 ( Khamis ) adalah hari terakhir kepada pelajar aliran Sastera yang telah menduduki kertas Pendidikan Seni. dan juga kepada aliran Sains tahniah juga mudah-mudahn putera puteri cikgu ni akan jejak juga ke menara gading Insya Allah. Tetapi mestilah ingat perjuangan anda masih belum selesai masih jauh lagi yang mesti putera puteri tempuhi rintangan yang belum pasti jawapannya dan kepada yang belum selesai tu mesti tak sabar-sabar ye eeemmmm tumpukan dulu pada subjek minggu depan dan fokus. Biarlah selesai dengan keyakinan diri, anda pasti berjaya Insya Allah.
Oh ye, kepada pelajar yang belum ambil no. pin jangan lupa ambil minggu depan Cikgu Ali balik kampung sila berurusan dengan Cikgu Kavitah.
Jumpa Lagi....

Thursday, 15 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum
Salam Sejahteragambar hijrah
Salam 1Malaysia

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434.
Semoga penghijrahan kita diberkati Allah swt.


Thursday, 8 November 2012

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1Malaysia
Senyum-senyum selalu.

Kepada putera puteri cikgu, selamat bercuti dan manfaatkan masa yang diberikan. Lama juga kan bercuti. Kalau ada yang bekerja tu diharapkan dapat membuat simpanan sikit ye nanti kurang sikit bebanan ibubapa kamu semua. Kalau ada yang duduk kat rumah tu eeemmm buku pun dah dapat harap-harap dapat dibukalah muka surat yang ada.

Selamat bercuti.......

Thursday, 25 October 2012

Tatapan program lawatan Pasca PMR 2012

 Khusyuknyeee.....
Perempuan pun boleh betulkan kereta tau...
Amboiiii bergayanyaa
 Cikgu-cikgunya pun nak juga....

Monday, 24 September 2012

Assalamualaikum.....
Selamat sejahtera...
Salam Perpaduan...
Salam 1Malaysia.
Senyum-senyum selalu.

Putera puteri yang akan menghadapi PMR dan SPM Tahun 2012 tentu sudah sedia....kini kalian perlu cepat mendapatkan guru-guru untuk membantu anda semua. Mana-mana yang ada salah tu dengan gurunya cepat-cepatlah mohon maaf atas  dan keberkatan ye, serta berdoa dan tawakal kepada Allah swt.