widgets

Friday 21 December 2012

MAKLUMAN KEPADA LEPASAN PELAJAR SPM 2012

Assalamualaikum putera puteri cikgu,

Apa khabar? Semoga sihat dan rancanglah program aktiviti sepanjang cuti ini.
Cikgu nak maklumkan kepada pelajar cikgu yang telah membeli No. PIN UPU kini tiada lagi fasa pertama. Ianya akan online pada Bulan Januari nanti. Jika ada sebarang makluman sila hubungi cikgu.

Monday 3 December 2012

JOM MOHON KE IPT......

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Senyum selalu.

Kepada putera puteri cikgu pendaftaran akan bermula 7 Januari hingga 15 April 2013.
Pastikan semua putera puteri cikgu mendaftar.

Friday 30 November 2012

ALHAMDULILLAH.......TANIAH.......

Assalamualaikum.....
Selamat Sejahtera......
Salam Senyuman Mesra....

Semalam 29 November 2012 ( Khamis ) adalah hari terakhir kepada pelajar aliran Sastera yang telah menduduki kertas Pendidikan Seni. dan juga kepada aliran Sains tahniah juga mudah-mudahn putera puteri cikgu ni akan jejak juga ke menara gading Insya Allah. Tetapi mestilah ingat perjuangan anda masih belum selesai masih jauh lagi yang mesti putera puteri tempuhi rintangan yang belum pasti jawapannya dan kepada yang belum selesai tu mesti tak sabar-sabar ye eeemmmm tumpukan dulu pada subjek minggu depan dan fokus. Biarlah selesai dengan keyakinan diri, anda pasti berjaya Insya Allah.
Oh ye, kepada pelajar yang belum ambil no. pin jangan lupa ambil minggu depan Cikgu Ali balik kampung sila berurusan dengan Cikgu Kavitah.
Jumpa Lagi....

Thursday 15 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum
Salam Sejahteragambar hijrah
Salam 1Malaysia

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434.
Semoga penghijrahan kita diberkati Allah swt.


Thursday 8 November 2012

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam 1Malaysia
Senyum-senyum selalu.

Kepada putera puteri cikgu, selamat bercuti dan manfaatkan masa yang diberikan. Lama juga kan bercuti. Kalau ada yang bekerja tu diharapkan dapat membuat simpanan sikit ye nanti kurang sikit bebanan ibubapa kamu semua. Kalau ada yang duduk kat rumah tu eeemmm buku pun dah dapat harap-harap dapat dibukalah muka surat yang ada.

Selamat bercuti.......

Thursday 25 October 2012

Tatapan program lawatan Pasca PMR 2012

 Khusyuknyeee.....
Perempuan pun boleh betulkan kereta tau...
Amboiiii bergayanyaa
 Cikgu-cikgunya pun nak juga....

Monday 24 September 2012

Assalamualaikum.....
Selamat sejahtera...
Salam Perpaduan...
Salam 1Malaysia.
Senyum-senyum selalu.

Putera puteri yang akan menghadapi PMR dan SPM Tahun 2012 tentu sudah sedia....kini kalian perlu cepat mendapatkan guru-guru untuk membantu anda semua. Mana-mana yang ada salah tu dengan gurunya cepat-cepatlah mohon maaf atas  dan keberkatan ye, serta berdoa dan tawakal kepada Allah swt.